
Laporan/foto: Maziah Ahmad Zaini/Muhammad Azran Abdul Malek
LENDU, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Komuniti MADANI Lendu Zon 1 bersama Kelab Jogging Taman Rekreasi telah mengadakan program larian cerian bertemakan pakaian tradisonal yang diadakan di Taman Rekreasi Durian Daun, pagi semalam.

Larian ceria sambil mengimbarkan Jalur Gemilang.
Program ini bertujuan untuk menyemarakkan suasana kemerdekaan dan merapatkan ukhwah antara komuniti dan kelab jogging tersebut.
“Kita buat kelainan dalam ‘fun walk’ (larian ceria) kali ini dengan berpakaian tradisional sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Merdeka ke-67.
“Selain itu, program ini diadakan untuk memupuk semangat kemerdekaan dan menghayati hari kemerdekaan yang bakal di sambut esok,” ujar Pengerusi Komuniti MADANI Lendu Jamian Maharam.

Ucapan perasmian Pengerusi Komuniti MADANI.
Seramai 70 orang pelbagai lapisan masyarakat menyertai program yang turut membuat edaran Jalur gemilang kepada orang awam sekitar taman rekreasi tersebut.
-ZS-