Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Lebih 3000 Hadir Majlis Pelancaran dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Pahang

By 11 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

BENTONG, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Dianggarkan lebih 3000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Bentong, di sini, semalam.

Datuk Amizar menyampaikan sebuah motorsikal kepada pemenang cabutan bertuah

Seorang pengunjung Nur Shahirah Abdul Razak, 31, dari Taman Mawar Bentong berkata dia dan suami seronok dengan program yang dilaksanakan dan dapat menerapkan semangat patriotik dalam jiwa rakyat.

Manakala Nurasyikin Shamsuri, 28 dan suaminya Mohamad Syaker Fikri Abd Roni dari
Kampung Teroh, Karak, Bentong telah berkunjung ke jualan rahmah dan membuat pemeriksaan kesihatan pada sebelah pagi.

“Sambutan program ini diserikan lagi dengan pengisian program yang amat bagus dan meriah sekali dengan kehadiran ramai pengunjung serta dapat melihat persembahan artis terkenal Haqim Rosli,” ujarnya.

Nur Shahirah Abdul Razak bersama keluarganya

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh EXCO Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang Datuk Amizar Abu Adam selaku wakil rasmi Menteri Besar Pahang.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya pameran jabatan dan agensi, Pertandingan Bintang Patriotik (Orang Asli), Konsert Malaysia MADANI Jiwa Merdeka, Pertandingan Makan Durian, Pesta Jualan Durian Murah, Jualan Rahmah MADANI, Sukan Rakyat, Persembahan Kebudayaan dan Seni Pertahanan Diri.

-AA-

Tinggalkan komen anda