
Laporan/foto: Salina Hasan@Abd Rashid/Muhammad Azran Abd Malek
ALOR GAJAH, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Kemeriahan bulan kemerdekaan semakin terasa apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya mengadakan Konvoi Kemerdekaan lagi tahun ini.

Ngwe Hee Sem menyampaikan ucapan perasmian
Menurut EXCO Kesihatan, Perpaduan dan Sumber Manusia merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Jaya, Ngwe Hee Sem, ini merupakan tahun ketiga DUN Machap Jaya melaksanakan Konvoi Kemerdekaan di mana objektifnya adalah bagi menjayakan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang supaya masyarakat setempat mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing sebagai tanda syukur tanah air bebas dari cengkaman penjajah.

Penyampaian kit makanan dan sumbangan wang tunai
“Selain kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, setiap lokasi hentian konvoi akan menyumbangkan kit makanan keperluan asas serta wang tunai bagi membantu meringankan beban golongan asnaf dalam DUN Machap Jaya.
“Sebanyak 12 rumah asnaf merangkumi semua kampung dalam DUN Machap Jaya terpilih sebagai lokasi hentian Konvoi Kemerdekaan DUN Machap Jaya tahun ini,”ujarnya ketika memberi ucapan perasmian, kelmarin.
-AA-