Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Majlis Serah Tugas Dirai Meriah

By 9 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi/IPD Jempol

JEMPOL, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Bertempat di Distress Room Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Balai, Balai Polis Ladang Geddes Jempol, pagi tadi.

Acara menandatangani serah tugas

Majlis dimulakan dengan menandatangani buku serah terima tugas jawatan Ketua Polis Balai Ladang Geddes diantara SI Norhayati Binti Ghazali kepada Pemangku Ketua Polis Balai Ladang Geddes yang baru iaitu SJN 159966 Rezal Bin Japar. Majlis tersebut telah disaksikan oleh YDH SUPT Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Jempol.

“Sepanjang tempoh SI Norhayati Binti Ghazali menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Balai Ladang Geddes, beliau telah memberi komitmen yang sangat baik dalam menjalankan urus tadbir balai.

Sebahagian anggota yang turut hadir

“Dan selamat datang juga diucapkan kepada SJN 159966 Rezal Bin Japar yang mengambil alih jawatan sebagai Pemangku Ketua Polis Balai Ladang Geddes dan diharapkan agar beliau dapat melaksanakan tugas dengan baik dan terus maju jaya,” ujar Hoo Chang Hook.

Turut hadir dalam majlis tersebut YBhg Puan Han Yei Lieng, Pengerusi PERKEP IPD Jempol, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai serta PRP dan Pegawai Awam dari Bahagian Pengurusan dan Balai Polis Ladang Geddes, IPD Jempol.

-AA-

Tinggalkan komen anda