
Laporan/foto: M Zakry Chan
ALOR GAJAH, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ yang dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) pada tahun ini mampu menerapkan semangat jati diri rakyat dan mencintai tanah air.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Ab Rasil Hajatil (tengah) akan terus menpergiatkan kempen 1 rumah 1 Jalur Gemilang.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka Datuk Fairul Nizam Roslan, tema pada tahun ini menjamin jati diri rakyat Malaysia namun jika tidak digilap, ia akan pudar.
“Apabila sebut jiwa merdeka, kita mahu menanam semangat patriotik dalam kalangan rakyat bahawa negara ini tidak mungkin mencapai kemerdekaan jika tidak dengan pengorbanan.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Melaka.
“Jika dulu pengorbanannya besar, apalah sukarnya bagi kita hari ini kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda hebat dan taat setia kita kepada negara. Ayuh semua kita kibarkan Jalur Gemilang di setiap bangunan jabatan, kedai, warung dan rumah bagi memastikan jiwa kita merdeka, hebatkan Malaysia,” ujarnya mewakili Ketua Menteri Melaka menyempurnakan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Melaka di Dataran Keris Alor Gajah, di sini pagi tadi.
-ZS-