
Laporan/foto: Nur Syahida Che Rus (Yan)
YAN, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Pemerkasaan Wanita 2024 Peringkat Parlimen Jerai anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Kedah di Dewan Dato Haji Madi, di sini hari ini menyahut saranan kerajaan untuk memastikan penglibatan wanita dalam merancakkan aktiviti ekonomi negara serta menjana pendapatan ke arah memperkukuhkan perancangan strategik bagi melakarkan kejayaaan.

Jamil Khir turut melawat reruai pameran.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Haji Baharom Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan membuat penyerahan cek cura kepada penerima-penerima kemudahan MARA.
Nur Syazwani , 42, yang mengusahakan mi lidi dan mi sanggul telah menerima RM150 ribu dana Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)/
“Peruntukkan yang diberikan dapat mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi serta sebagai modal pusingan perniagaan dan pembelian aset perniagaan,” katanya.

Ceramah motivasi oleh Abdul Halim.
Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Negeri Kedah Abdul Halim Mohamad turut menyampaikan ceramah motivasi.
Turut dihadiri oleh Pengarah MARA Negeri Kedah Hajah Lailatul Asmah Mohd Tahir dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran MARA (YPM) Datuk Hajah Norma Haji Awang.
-ZS-