Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Media Penting dalam Menyampaikan Informasi yang Benar dan Tepat

By 16 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abdu Azmie Mohd Ibrahim/Vicky Sylvester Matanjang (Sabah)

KOTA KINABALU, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Setiap organisasi kerajaan mahupun bukan kerajaan bukan sahaja perlu memahami fungsi media sebaliknya wajar mengetahui bagaimana media beroperasi serta peranannya membantu organisasi dan masyarakat.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Datuk Karunanithy Y. Subbiah, berkata, fungsi media amat penting terutamanya dalam menyampaikan informasi yang benar dan tepat.

“Selain menjadi medium untuk publisiti program atau kegiatan, melalui media sebuah organisasi dapat mengetahui sambutan orang ramai terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

6. Gambar kenangan Program Bual Bicara Pengamal Media bersama SPRM dan
perlawanan bowling persahabatan.

“Sehubungan itu, setiap agensi kerajaan sewajarnya menjadikan media sebagai rakan strategik kerana mereka adalah medium terbaik untuk menyebarkan mesej dan kegiatan terutama berkaitan fungsi, peranan dan dasar sebuah organisasi,” katanya ketika ditemui pada Program Bual Bicara Pengamal Media Bersama SPRM Negeri Sabah, di sini pada Rabu.

Menurutnya lagi, melalui media, organisasi dapat memperbaiki kelemahan sekali gus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.

“Hubungan baik bersama media bukan sahaja membantu hal-hal berkaitan promosi perkhidmatan, sebaliknya dapat membantu meningkatkan imej dan reputasi organisasi sekaligus mencorak dan mengekalkan kesejahteraan dan keamanan negara,” jelasnya.

Dalam sesi bual bicara tersebut, Pengerusi Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Mugutan Vanar turut mengulas cabaran yang dihadapi oleh pengamal media termasuklah ledakan maklumat di media sosial.

Program turut diserikan dengan pertandingan boling persahabatan antara SPRM dan SJA.

Hadir sama Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa serta ketua-ketua pengarang mewakili agensi media cetak dan elektronik.

Tinggalkan komen anda