Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Mengekalkan Perpaduan, Meningkatkan Keselamatan Usaha Bersama

By 13 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 13 Ogos (Malaysiaktif) – Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dalam memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara.

Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor antara jabatan yang terawal memasang dan menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan.

“Menerapkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat penting kerana ia dapat memupuk perpaduan antara kaum dan seterusnya kedaulatan tanah air dapat dikekalkan.

“Dalam usaha membangkitkan semangat patriotik, kita juga perlu memupuk semangat cintakan negara kepada generasi muda kerana tidak mahu nikmat merdeka yang telah dikecapi selama ini terkubur begitu sahaja disebabkan kita tidak bersungguh-sungguh untuk memeliharanya,” ujarnya ketika ditemui di sesi Libat Urus Menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang, di sini semalam.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor antara jabatan kerajaan yang terawal memasang dan menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang sejurus selepas Pelancaran Bulan Kebangsaan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri DAtuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Julai lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda