Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Misi Kibaran Jalur Gemilang, Konvoi Kembara Merdeka Rentasi Daerah

By 29 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Bertempat di Dataran Zero Kilometer, telah berlangsung konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Daerah Kuala Muda melibatkan 70 buah kereta dan 45 buah motosikal yang disempurnakan pelepasannya oleh Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya, di sini semalam.

Pegawai Daerah Kuala Muda ketika menyampaikan ucapan.

Konvoi pada kali ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai jabatan kerajaan, agensi swasta dan badan bukan kerajaan di sekitar daerah Kuala Muda selain daripada orang perseorangan yang menjelajah ke pelusuk daerah Kuala Muda dengan membawa bersama Jalur Gemilang.

“Saya merasa sangat terharu atas sambutan penglibatan konvoi pada kali ini dan saya turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda yang telah mengatur uruskan konvoi ini dengan begitu baik dan sempurna sekali tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” ujarnya dalam ucapan perasmian penutup di pejabat Angkatan Pertahanan Awam Kuala Muda.

Kemeriahan turut dirasai warga Sekolah Kebangsaan Bakar Arang.

Beliau turut berharap KMJG dijadikan acara tahunan di daerah Kuala Muda dan menyeru kepada orang ramai agar dapat mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan premis perniagaan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu ini.

Salah seorang peserta konvoi, Rosmariani Abdullah, 45, berkata ini adalah kali pertama beliau terlibat dalam konvoi seumpama ini dan semangat yang dirasai ketika membawa misi kibaran Jalur Gemilang ini sangat luar biasa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda