Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

MRSM Bagan Datuk Dipilih Anjur Program Peringkat Kebangsaan

By 20 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

RUNGKUP, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Pemilihan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bagan Datuk sebagai tuan rumah bagi Seminar Fikrah Siddiq Fadzil Peringkat Kebangsaan 2024 merupakan satu kebanggaan bagi daerah Bagan Datuk.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan cenderahati kepada Puan Fadhlina Sidek anak kepada Profesor Dato Dr. Siddiq Fadzil

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian, ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan disini, semalam.

“Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, merupakan seorang tokoh ilmuan pelbagai ilmu yang memberi sumbangan besar kepada negara dan umat islam di negara ini.

“Idea yang ditinggalkan dan falsafah yang mendidik minda membantu kita untuk menyelesaikan permasalahan dari sudut pandang yang berbeza.

“Diharap corak pemikiran beliau, akan membekas dalam jiwa generasi muda yang akan mendepani dan menongkah arus perubahan zaman dengan kekentalan jati diri bangsa,” ujarnya yang juga merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Peserta yang hadir dalam Seminar Fikrah Siddiq Faqzil Peringkat Kebangsaan 2024

Sementara itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Dr. Hazami Jahari berkata, pemilihan daerah Bagan Datuk sebagai lokasi penganjuran adalah tepat kerana daerah ini merupakan tempat kelahiran kepada tokoh yang akan dibicarakan.

Di samping itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga berjaya mendapatkan sumbangan sebanyak RM500,000 untuk penganjuran seminar ini.

“Dana ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menyebarluaskan pemikiran dan sumbangan beliau kepada masyarakat dan negara,” ujarnya.

Seminar Fikrah Siddiq Fadzil Peringkat Kebangsaan 2024 merupakan anjuran bersama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil Universiti Selangor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKIK) dan Universiti Sultan Azlan Shah.

-AA-

Tinggalkan komen anda