Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Pasukan Boling Padang Sarawak Sasar Dua Pingat – SUKMA ke-21

By 14 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Safik Effendi Kassim

KUCHING, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Pasukan Boling Padang Sarawak berharap dapat merangkul pingat emas pada Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 kali ini.

Pengurus Pasukan Boling Padang Sarawak.

“Pasukan kami dah memulakan latihan awal sejak berakhirnya SUKMA ke-20 dan sasaran awal kami hanyalah dua pingat gangsa berdasarkan pencapaian pada SUKMA yang lepas.

“Tetapi berdasarkan pada tahap permainan pasukan Sarawak pada kejohanan kali ini, kita mungkin akan dapat lebih pingat,” kata Pengurus Pasukan Boling Padang Sarawak Nuruljumaniza Tuah, 42, semasa ditemui di Arena Lawn Bowls Sarawak, di sini pagi tadi.

Sementara itu, pemain Boling Padang Sarawak Mohamad Aryan Nazrullah, 16, kelihatan gembira selepas berjaya mengalahkan pasukan boling padang Perak pagi tadi.

Mohamad Aryan Nazrullah.

“Alhamdulillah kami berjaya mengalahkan pasukan Perak tadi, permainan mereka bagus tetapi rezeki untuk menang memihak kepada pasukan Sarawak,” ujarnya.

Hari ini merupakan hari kedua pertandingan boling padang yang diadakan di Arena Lawn Bowls Sarawak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda