Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pasukan Konvoi Singgah di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

By 3 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amalina Shazwani Md. Suhaimi/Shamsul Bahari Abdul Shukor

BATU KAWAN, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang menjadi lokasi persinggahan yang meriah bagi Konvoi Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat Negeri Pulau Pinang semalam.

Dalam usaha menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang, pasukan konvoi yang diketuai Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang Hasmiza Hussin, mengedarkan Jalur Gemilang kepada pengguna yang melalui tol Jambatan Kedua.

Simbolik penyerahan Jalur Gemilang daripada Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang kepada Ketua Divisyen Operasi Jambatan Kedua Pulau Pinang.

“Kerajaan telah melancarkan kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, jadi marilah kita sama-sama terjemahkan semangat patriotik dan rasa bangga menjadi anak Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing,” katanya.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Hussin bin Mohammad, Ketua Divisyen Operasi, serta kakitangan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Komuniti MADANI Kampung Valdor.

Acara pelepasan konvoi diadakan di SP Arena, Seberang Jaya, dan disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeow.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zon Utara antara peserta konvoi.

 

Konvoi tersebut melibatkan 22 buah kenderaan pacuan empat roda dan tiga motosikal yang terdiri daripada jabatan kerajaan, agensi, dan swasta dari sekitar Pulau Pinang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda