Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Patin Masak Lemak Cili Api Pikat Hati Juri

By 5 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haimi Harris/Al-Izdiani (Pekan)

PEKAN, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Juadah patin masak lemak cili api berjaya menambat hati juri apabila ia dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memasak Patin Bukan Berasaskan Tempoyak sempena program Jiwa Komuniti MADANI Pulau Manis.

Pegawai Penerangan Daerah Pekan turut berpeluang untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar terkini kerajaan.

Pemenangnya Che Hanapi Che Hussin dari Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia, berkata menu ini dipilih mengikut kesesuaian tema pertandingan.

“Antara bahan yang digunakan adalah belimbing buluh yang mungkin menambahkan kelainan berbanding menu-menu lain yang dipertandingkan.

“Program begini bukan sahaja dapat menyebarkan maklumat berkaitan dasar terkini kerajaan malah dapat mengeratkan silaturahim,” katanya kelmarin.

Sebahagian dari peserta pertandingan memasak Program Jiwa Komuniti MADANI.

Sebanyak enam kumpulan menyertai pertandingan memasak ini dengan menampilkan menu seperti asam pedas patin dan patin kukus.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Pekan Ahmad Nizam Abidin, melalui platform ini agensi-agensi kerajaan yang lain turut terlibat dan berpeluang menyampaikan informasi terkini mengenai perkhidmatan yang ditawarkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda