Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PAWE Teluk Menegun Sahut Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang

By 11 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal/Sidah Musa (Klang)

KLANG, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Teluk Menegun, menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sempena Program Penyerahan Jalur Gemilang, di sini semalam.

Penyerahan Jalur Gemilang di rumah penduduk Teluk Menegun.

Pengerusi PAWE Hasan Musa, berkata usaha tersebut seiring dengan matlamat untuk memastikan amalan mengibarkan Jalur Gemilang sentiasa dipergiat terutamanya ketika sambutan Bulan Kebangsaan.

“Program ini diadakan bagi menggalakkan orang ramai khususnya masyarakat Teluk Menegun untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan premis perniagaan masing-masing.

Penduduk gembira menerima Jalur Gemilang.

“Pihak kami telah menjemput sekurang-kurangnya 15 Komuniti pertubuhan bukan kerajaan ke majlis ini bagi menerima Jalur Gemilang daripada Pegawai Penerangan Daerah Klang,” katanya.

Aktiviti konvoi turut diadakan melibatkan 10 peserta, enam buah motorsikal dan sebuah van Pejabat Penerangan Daerah Klang mengelilingi kawasan perumahan bagi penyerahan Jalur Gemilang kepada penduduk sekitar demi menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan 2024.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Komuniti MADANI DUN Sungai Kandis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda