Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pemandu Teksi di Kuala Terengganu Bangga Kibar Jalur Gemilang

By 1 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusein/Nik Nor Fatin Fatihah Nik Hasri (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Pemandu teksi di daerah ini berbangga kerana turut terlibat dalam menyemarakkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan yang menjadi simbolik kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia.

Mohd Hamzah, 71, berkata dia dan rakan-rakannnya berbangga kerana dapat bersama-sama menyemarakkan rasa cinta kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing.

Pemandu teksi antara individu yang paling dekat dengan masyarakat.

Manakala Jusoh Mat Ali, 74, berharap semua pihak berperanan mendidik masyarakat menzahirkan jiwa kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Pemandu teksi juga antara individu yang paling dekat dengan masyarakat.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dan membantu kerajaan menjayakan kempen kibar Jalur Gemilang ini,” katanya.

Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu menyantuni pemandu teksi sekitar Kuala Terengganu dengan mengagihkan Jalur Gemilang sempena program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) bagi memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan, di sini semalam.

Sesi penyerahan Jalur Gemilang kepada pemandu teksi diadakan di Hentian Bas Kuala Terengganu dalam skala kecil namun meriah.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu Rusmiza Anuar, pemandu-pemandu teksi tidak terkecuali berperanan sebagai agen dalam memasarkan maklumat dan dasar kerajaan kepada masyarakat.

“Sesi penyerahan Jalur Gemilang kepada pemandu-pemandu teksi diadakan di Hentian Bas Kuala Terengganu dalam skala kecil namun meriah dan disambut baik,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda