Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Penduduk Machang Bubuk Gelorakan Sambutan Bulan Kebangsaan Dengan Meriah

By 26 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Halimah Abdul Ghani/S. Shanmuganathan (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Program JIWA Komuniti MADANI Peringkat DUN Machang Bubok di sini semalam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan meriah.

Pelbagai idea-idea kreatif dizahirkan oleh peserta-peserta bagi Pertandingan Basikal Berhias Jiwa Merdeka.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama daripada pelbagai pihak seperti AEON Mall Bukit Mertajam, Komuniti MADANI DUN Machang Bubok, Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) Taman Sri Janggus, Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) Machang Bubok, Perpustakaan Awam, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Machang Bubok dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ini telah berlangsung dengan membawa konsep kemerdekaan.

“Program seumpama ini sangat baik dan wajar diadakan setiap tahun kerana ianya meninggalkan impak yang baik terhadap masyarakat.

Pelbagai idea-idea kreatif dizahirkan oleh peserta-peserta bagi Pertandingan Basikal Berhias Jiwa Merdeka.

“Program yang diadakan ini dapat menggelorakan lagi sambutan Bulan Kebangsaan di samping menyuntik semangat patriotik dalam kalangan masyarakat seterusnya menyemai rasa cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak terutamanya,” kata salah seorang peserta program Jessie Nur Hidayah, 44, ketika ditemui.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Pertandingan Mewarna Keluarga, Pertandingan Basikal Berhias Jiwa Merdeka, Cabaran Troli Komuniti MADANI, Kaunter pameran dan perkhidmatan agensi dan jabatan kerajaan, cabutan bertuah dan lain-lain.

Turut hadir ADUN Machang Bubok Lee Khai Loon, Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang Hamiza Hussin dan Ahli Majlis Bandar Raya Seberang Perai Ong Jing Cheng.

-ZS-

Tinggalkan komen anda