Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Penglibatan Ibubapa, Komuniti Penting Kawal Selia Disiplin Pelajar

By 12 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizah Rahim/Muhammad Arief (Marang)

MARANG, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyeru ibubapa, komuniti dan pelajar berganding bahu bersama-sama pihak kementerian, guru-guru dan sekolah dalam tangani masalah sosial pelajar.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius akan gejala sosial dalam kalangan pelajar terutamanya berkaitan isu rokok elektronik atau vape, rokok dan isu-isu disiplin lain.

“Dari segi garis panduan kita cukup jelas dan tegas dan tindakan tatatertib akan diambil sekiranya pelajar didapati terlibat dengan masalah tersebut,” ujarnya.

Sesi Penyerahan replika kunci daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi kepada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Jelani Sulong

Fadhlina berkata demikian ketika ditemubual semasa sidang media selepas menyaksikan penyerahan replika kunci Pejabat Pendidikan Marang yang baharu kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi yang kemudiannya diserahkan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Jelani Sulong, semalam.

Dalam pada itu, Fadhlina turut mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu khususnya Pejabat Pendidikan Daerah Marang dan berharap penyerahan bangunan baharu tersebut menjadi teras dan nadi kepada kecemerlangan pendidikan pada masa akan datang.

-AA-

Tinggalkan komen anda