
Laporan/foto: Mohd Yusof Abd Samad (Tangkak)
TANGKAK, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis perhimpunan bulanan penjawat awam menjadi ruang untuk penjawat awam di daerah ini membentuk fizikal yang sihat malah mental yang mantap.

Penjawat awam di daerah Tangkak menyertai acara 10 ribu langkah sempena majlis perhimpunan bulanan yang diadakan kelmarin.
Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak Azman Safi, berkata seramai 150 orang penjawat awam dari pelbagai agensi kerajaan memulakan acara perhimpunan dengan aktiviti senamrobik beramai-ramai.
“Senaman selama 120 minit dalam seminggu akan menjadikan penjawat awam lebih cergas dan mampu meningkatkan produktiviti terutamanya yang melibatkan perkhidmatan kaunter dan sebagainya.
“Namun tanpa disiplin dan kesabaran, perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai akan menjadi kurang berkualiti malah boleh mencalarkan imej perkhidmatan awam kelak,” katanya ketika merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Peringkat Daerah Tangkak, di sini kelmarin.

Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Daerah Tangkak turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah.
Selain itu, acara 10 ribu langkah dan cabutan bertuah turut disertai penjawat awam yang hadir.
Turut hadir Pentadbir Tanah Daerah Tangkak Mohd Nazid Jasiman dan Setiausaha Majlis Daerah Tangkak Abdul Rahman Mohamad.
-ZS-