Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Perarakan Busana Kreatif Meriahkan Program Jiwa Komuniti@Merdeka Sungai Yan

By 28 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab (Yan)

YAN, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 65 kanak-kanak Tabika KEMAS memeriahkan Perarakan Busana Kreatif dalam Program Jiwa Komuniti@Merdeka Sungai Yan yang bertemakan kemerdekaan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan yang berlangsung di Tabika KEMAS Titi Serong, di sini pagi tadi.

Pemenang Hadiah Pertandingan Kreatif Kategori Lelaki.

Penyelia Pra Kanak-Kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Yan Shukriah Ibrahim dalam ucapannya, berkata anak-anak ini sangat teruja apabila dimaklumkan mengenai pertandingan ini dan ibu bapa juga digalakkan menyediakan pakaian yang menarik dan bersesuaian mengikut tema yang ditetapkan.

“Seawal 7.30 pagi, kanak-kanak ini telah hadir dengan diiringi ibu bapa masing-masing dan lengkap berpakaian bertemakan kemerdekaan mengikut kreativiti masing-masing.

“Pertandingan ini melibatkan tiga Tabika KEMAS yang berhampiran iaitu Tabika KEMAS Titi Serong selaku tuan rumah, Tabika KEMAS Taman Yan Dan Tabika KEMAS Sungai Udang,” ujarnya.

Ucapan oleh Penyelia Pra Kanak-Kanak Kemas Daerah Yan.

Menurutnya, program ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara dalam kalangan kanak-kanak.

“Kita juga mengharapkan agar anak-anak ini memahami prinsip asas kemerdekaan dan mampu menjadi warganegara yang bertanggungjawab pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Norain Md Zuki, 36, dari Taman Yan melahirkan rasa gembira kerana dapat turut serta dalam program ini dan beroleh kegembiraan berganda apabila anaknya Mohd Aqil Kyairullah Salmi, 5, dipilih memenangi tempat pertama Pertandingan Busana Kreatif bagi kategori Kanak-kanak Lelaki.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Yan Nurhidayah Mohamad Zaher dan Ketua Komuniti Sungai Yan Hj. Khalib Nayan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda