Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Perbezaan Ideologi Politik Bukan Penghalang Kejayaan Komuniti MADANI

By 10 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Perbezaan ideologi politik bukan penghalang kepada kejayaan Komuniti MADANI mencapai objektif penubuhannya.

Penyampaian Jalur Gemilang kepada Pengerusi=Pengerusi Komuniti MADANI dalam Parlimen Pekan.

Ahli Parlimen Pekan Datuk Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, berkata semua ahli Komuniti MADANI perlu mengenepikan perbezaan ideologi politik sekiranya mahu melihat komuniti bergerak lebih maju.

“Sekiranya Komuniti MADANI berjaya menyatupadukan masyarakat ia akan dijadikan penanda aras yang jelas bahawa rakyat masih boleh bersama dan bersatu walaupun kecenderungan politik berbeza,” ujar beliau sewaktu berucap merasmikan Program JIWA Komuniti MADANI Peringkat Parlimen Pekan, kelmarin.

Penyampaian cenderamata daripada Pengarah Penerangan Pahang Cik Kazidi Zainuddin kepada Ahli Parlimen Pekan.

Beliau juga mengumumkan pemberian sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 untuk setiap Komuniti MADANI di Parlimen Pekan.

Sh Mohmed Puzi turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada 12 Komuniti MADANI bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri Chini Sharim Md Zin, Pegawai Daerah Pekan Datuk Zaliza Zulkifli dan Pengarah Penerangan Pahang Cik Kazidi Zainuddin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda