Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Peristiwa Hijrah Erti Sebuah Pengorbanan dan Kejayaan Rasulullah SAW

By 4 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Nawawi Kasa (Kota Setar)

ALOR SETAR, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Tok Pauh melalui jalur membentuk ukhuwah serta semangat perpaduan telah mengadakan aktiviti gotong-royong memasak empat kawah bubur Asyura di perkarangan Masjid Kampung Tok Pauh, Tajar, di sini kelmarin sebagai pengisian di bulan Muharam dan peristiwa Maal Hijrah yang sangat sinonim dengan penghijrahan.

Gotong-royong memasak empat kawah bubur Asyura.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tok Pauh Jumaidi Jamaluddin, 47, berkata peristiwa hijrah juga memberi panduan kepada kita mengenai erti sebuah pengorbanan dan kejayaan Rasulullah SAW untuk membina ummah.

Program Asyura Perdana dengan kerjasama bersama beberapa agensi kerajaan itu turut mengadakan pelbagai aktiviti bagi membina hubungan yang menjurus kepada semangat kekitaan dalam masyarakat.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuka kaunter pendaftaran untuk memudahkan penduduk mendaftar dan membuat caruman bagi menjamin pendidikan negara terus berkembang.

Kaunter PTPTN turut dibuka.

“Selari dengan dasar kerajaan sekarang yang ingin membentuk masyarakat Madani yang progresif yang berilmu pengetahuan tanpa mengira fahaman politik akan memberi impak yang baik untuk anggota masyarakat,” kata Pegawai PTPTN Aminudin Baki, 34.

Pegawai Unit Pembangunan Bina Insan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Alor Setar Normida Mohd Rashid, 47, pula, berkata jalur perhubungan melalui kolabrasi bersama dengan masyarakat serta agensi kerajaan merupakan satu kaedah perhubungan yang memberi manafaat kepada semua.

“Dengan langkah ini, kita akan berjaya melahirkan masyarakat Madani yang sentiasa mengamalkan semangat gotong-royong dan berterusan membina siraturahim,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda