Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Kemerdekaan Perkukuh Semangat Patriotisme

By 22 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Nor Farhana/Zairul Afendi (Batang Padang)

TAPAH, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Lebih 350 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Kuning termasuk pelajar menghangatkan Program Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan anjuran Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang dan Kelab Malaysiaku sekolah tersebut, di sini semalam.

Ceramah Kemerdekaan oleh Pegawai Penerangan Daerah.

Guru penyelaras Nurul Solihah Tarmizi, berkata program seumpama itu amat dialu-alukan agar terus dilaksanakan di peringkat sekolah.

“Selain menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, program ini turut membantu pelajar untuk terus menghayati makna kemerdekaan dan mengukuhkan rasa cinta terhadap negara,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Suriani Ghazali turut mengambil peluang untuk menyeru warga sekolah agar sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang selaras inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG).

Para pelajar ceria menyambut program kemerdekaan di sekolah.

“Bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan 2024 iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, pamerkanlah sifat sayangkan negara dan teguhkan semangat patriotisme dalam diri kita,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda