Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Program Kontingensi Tumpahan Minyak Pastikan Eko-Sistem Perairan Terpelihara

By 28 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Kontingensi Tumpahan Minyak anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar Labuan dan Megah Port Management mampu memastikan melindungi ekosistem perairan daripada pencemaran tumpahan minyak dan bahan-bahan kimia berbahaya.

Suhaili (tiga dari kanan) melihat sendiri dron yang digunakan Jabatan Alam Sekitar untuk memantau situasi alam sekitar.

Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar Labuan Zulfadzli Zakaria, program itu mencerminkan semangat kebersamaan dan kerjasama yang diperlukan dalam usaha melindungi alam sekitar khususnya perairan di sekitar pulau Labuan.

“Dalam semangat sambutan Hari Ozon Sedunia, kita diingatkan tentang betapa pentingnya usaha kolektif dalam menjaga kelestarian alam sekitar, bukan hanya di daratan, tetapi juga di lautan yang menjadi sumber kehidupan kita.

“Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai risiko insiden tumpahan minyak serta pengetahuan tentang langkah-langkah mitigasi yang perlu diambil selain memperkukuh kebersamaan di kalangan pengguna pelabuhan dalam menghadapi sebarang kemungkinan insiden tumpahan minyak, demi memastikan kesejahteraan dan keselamatan perairan kita sentiasa terpelihara,” katanya semasa menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmian program itu, di sini semalam.

Sesi perkongsian berkaitan tumpahan minyak kepada wakil-wakil pemain industri minyak dan perkapalan.

Beliau turut berharap agar kerjasama itu akan terus diperkukuh dan dijadikan asas kepada usaha-usaha berterusan dalam memelihara alam sekitar, khususnya perairan di sekitar pulau Labuan.

Majlis perasmian yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Megah Port Management Sdn. Bhd, Datuk Seri Patrick Tiong itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda