Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Rakyat Harus Berbangga dengan Hasil Tenunan Negeri Pahang

By 5 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Kesultanan Pahang

PEKAN, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Rakyat disaran agar sentiasa berbangga dengan hasil tenunan yang dihasilkan di negeri Pahang.

Paluan gong pasangan Diraja menandakan pembukaan rasmi Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi.

“Tengku Ampuan Pahang telah berusaha dengat giatnya untuk memberi kesedaran kepada rakyat Pekan dan Pahang supaya kita harus bangga dengan tenunan dari Pekan itu sendiri,” titah baginda.

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah demikian ketika merasmikan Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah di Pulau Keladi di sini malam tadi.

Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Keindahan suasana Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi, Pekan.

Projek pembangunan Perkampungan Kraf Diraja di Pulau Keladi yang diinspirasikan oleh Tunku Azizah itu turut menempatkan rumah kelahiran Tun Razak, Pusat Tenunan Sutera Pahang, Pusat Karyaneka, kawasan rekreasi dan permainan tradisional, Rumah Serambi Pahang Kampung Raja Songsang, Temerloh.

Sultan Pahang juga turut berbangga kerana kesenian tenunan ini juga memberi peluang kedua kepada para banduan kerana program tenunan ini juga dijalankan di dalam penjara.

”Lebih menarik lagi, daripada kenyataan ini adalah antara mereka yang sudah pun terlibat secara langsung di Pekan ini, dengan usaha Tengku Ampuan ia telah melibatkan banduan daripada Penor, Bentong supaya mereka dapat peluang hidup semula bila keluar daripada resort (penjara),” titah baginda.

Baginda juga mengharap agar Perkampungan Kraf DiRaja Tunku Azizah menjadi destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda