Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Raptai Penuh SUKMA XXI Sarawak 2024 Lancar

By 16 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Safik Effendi Kassim (Sarawak)

KUCHING, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Berlangsung dalam keadaan hujan renyai-renyai, raptai penuh majlis perasmian temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 tetap berjalan dengan lancar di Stadium Sarawak, di sini malam tadi.

Kehadiran kira-kira 2,500 penonton turut memeriahkan suasana dengan disajikan persembahan yang memaparkan keunikan budaya bumi kenyalang dari pelbagai kaum dan bangsa.

Daffyna Jadiel sukarelawan dari Majlis Seni Sarawak.

“Saya begitu teruja dan gembira kerana berpeluang dalam penglibatan kali kedua saya pada SUKMA XXI Sarawak 2024 ini,” kata Daffyna Jadiel, 22, sukarelawan dari Majlis Seni Sarawak.

“Saya dan petugas-petugas lain diberi tanggugjawab untuk menguruskan kostum persembahan pada majlis perasmian SUKMA kali ini dan alhamdulillah raptai penuh pada malam ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah diatur walaupun dalam keadaan hujan,” katanya.

SUKMA edisi ke-21 secara rasmi dijadual membuka tirainya pada Sabtu ini.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dijangka hadir sebagai tetamu kehormat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda