Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sambutan Kemerdekaan SJK (T) Barathi Meriah

By 24 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan kemerdekaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Barathi, di sini semalam disambut meriah oleh 188 murid dan 24 guru bersama-sama tetamu yang hadir.

Guru Besar Gopal Govindaraju, dalam ucapannya, berkata sambutan kemerdekaan pada tahun ini merupakan kolaborasi antara pihaknya dengan Pejabat Penerangan Daerah Bagan Datuk.

“Pelbagai aktiviti menarik dan persembahan telah disusun untuk tontonan tetamu yang hadir.

“Antaranya pertandingan busana kemerdekaan, basikal berhias, tarian yang mewakili kaum di Malaysia, deklamasi sajak, persembahan pidato dan kuiz kemerdekaan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Komuniti Hutan Melintang 3 Arul Pragasam Perumal yang turut hadir berasa teruja dengan persembahan menarik oleh murid sekolah tersebut.

“Tahniah kepada barisan guru yang berjaya menanam rasa cintakan negara dalam diri anak-anak ini kerana jelas terpamer semangat kemerdekaan melalui persembahan mereka,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda