Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Sarawak Terus Dominasi Emas Sukan Petanque SUKMA XXI

By 22 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jemat Saie (Sarawak)

KUCHING, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Sarawak terus memdominasi sukan petanque dengan berjaya memperolehi lima pingat emas dan tiga perak di temasya SUKMA XXI yang berlangsung di Arena Petanque Santubong.

Antara pemenang sukan petanque.

Emas pertama Sarawak di arena ini adalah melalui Dayang Nurulnuhaa Fasihah Abang Misbahhuddin , 18, bagi acara shooting wanita manakala emas kedua disumbangkan oleh Farid Amirul Muhamad, 21, melalui single lelaki, diikuti Sharifah Daniamalyana Wan Deros, 21, bagi katogeri single wanita.

Turut menyumbang emas adalah Ahtar Shauqi Aini Mohd. Dom, 17, dan pasangannya Nur Durrarul Sahira Yazit, 21, melalui katogeri mixed double.

Kejayaan lebih manis bagi skuad petanque Sarawak apabila memperolehi emas melalui acara berpasukan iaitu katogeri triple lelaki.

Aksi akhir Sarawak menetang Sabah bagi kategori ‘mixed triple’.

“Untuk acara petanque di temasya kali ini, Sarawak mensasarkan sebanyak tiga pingat emas dan yakin akan menambah jumlah emas dalam beberapa kategori yang masih berbaki,” kata Pengurus Venue Sukan Petanque Sarawak Mohammad Isselahudin Kameri, hari ini.

Berbaki dua hari pertandingan di Arena Petanque ini, Sarawak dijangka mampu menambah beberapa butir emas lagi untuk temasya kali ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda