
Laporan/foto: Lim Poh Choo/Cassidy Lisut (Sarawak)
KUCHING, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Kontinjen tuan rumah, Sarawak mengulangi sejarah 30 tahun yang lalu apabila berjaya menjadi juara keseluruhan Sukan Malaysia ke-21 (SUKMA XXI) 2024 Sarawak pada kali ini.

Dayang Normiliana Fitri.
Kejayaan ini merupakan kali keempat selepas muncul juara edisi 1990, 1992 dan 1994 dengan berjaya meraih 76 pingat emas, 55 perak dan 70 gangsa dengan mengumpul 201 pingat secara keseluruhan.
Penutupan kejohanan dwi tahunan SUKMA yang telah menawarkan 488 pingat emas dengan membabitkan 37 acara sukan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebagai anak Sarawak, saya berasa amat bangga kerana Sarawak menjadi juara keseluruhan pada SUKMA XXI kali ini walaupun perbezaan emas hanya satu, tetapi ia merupakan satu kejayaan yang sangat bagus,” kata Dayang Normiliana Fitri, 24, yang turut hadir bersama kawan-kawanya semasa Majlis Penutupan SUKMA XXI di Stadium Perpaduan, di sini kelmarin.
-ZS-