Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Semarak Semangat Kenegaraan di Batu Kawan

By 17 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufian Rashid/Shamsul Bahari Abdul Shukor (Seberang Perai Selatan)

BATU KAWAN, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Jiwa Komuniti MADANI Parlimen Batu Kawan yang diadakan di Kawasan Rehat Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, hari ini berjaya memupuk kesedaran masyarakat tentang erti kemerdekaan dan menggalakkan penglibatan generasi muda dalam aktiviti kenegaraan.

Johan Bintang Patriotik.

Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, jualan trak makanan, persembahan bintang patriotik, cabutan bertuah, edaran Jalur Gemilang, demonstrasi pertolongan cemas, konvoi Parlimen Batu Kawan, dan permainan komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tambun Goh Choon Aik menyifatkan program ini sebagai platform penting untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan generasi muda.

Sesi penjurian pertandingan mewarna.

“Program seperti ini wajar diteruskan pada masa hadapan dengan melibatkan semua lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan generasi, serta diisi dengan acara kenegaraan,” katanya.

Program ini turut mendapat sokongan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) sempena sambutan ulang tahun ke-10, serta kerjasama rakan strategik.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif JKSB Datuk Faizal Shahbuddin dan Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang Hasmiza Hussin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda