Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sihat Dengan Minda yang Cergas Tanpa Maklumat Palsu

By 31 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Nawawi Kasa (Kota Setar)

ALOR SETAR, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Village Fun Walk menjadi penghidang pembukaan Program JIWA@Merdeka Komuniti MADANI Alor Melintang seawal pukul 7.30 pagi semalam.

Seramai 200 orang peserta yang berdaftar telah turut bersama berjalan sejauh tiga kilometer merentasi Kampung Gerigis hingga ke penamat di perkarangan Masjid Az-Zakiah.

Ucapan perasmian oleh Datuk Zamry.

“Budaya sihat ini perlu menjadi satu amalan kepada masyarakat kerana ia membantu menambah baik kecergasan anggota badan kita, kata Penasihat Komuniti MADANI Kedah Datuk Zamry Yusuf ketika ditemui semasa berlangsungnya acara tersebut.

“Setiap penyampaian maklumat atau berkongsi sesuatu dalam media sosial perlu ada rasa tanggungjawab dan sikap yang mencerminkan kita sebagai warganegara Malaysia,” ujarnya.

Katanya lagi, penyebaran berita palsu serta fitnah sudah menjadi santapan harian masyarakat hari ini yang perlu dihentikan kerana boleh mencentus polemik yang buruk serta impak yang mengancam keselamatan.

Peserta berjalan kaki menuju ke barisan penamat.

“Melalui program sebegini, ia boleh menyuntik keharmonian dan membina siraturahim yang lebih kukuh dalam kita menyambut Hari Kebangsaan ke-67,” kata Timbalan Ketua Komuniti MADANI Alor Melintang Haji Malek Ahmad.

Beliau berpandangan kolabrasi program bersama Pejabat Penerangan Daerah Kota Setar serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dapat menyantuni masyarakat setempat dengan lebih berkesan.

“Pelbagai aktiviti menarik telah disusun atur oleh jawatankuasa program seperti pameran agensi kerajaan, sukaneka, pertandingan karom dan pelbagai lagi hingga detik 12.00 tengah malam,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda