Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Simulasi Mengundi Beri Pendedahan Awal Proses Pilihan Raya

By 23 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Viji Kiruthika Sondararaj/Mohd Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 23 OGOS (Malaysiaaktif) – Seramai 136 Pelajar Kolej Komuniti Seberang Jaya didedahkan dengan simulasi pilihan raya daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, di sini hari ini.

‘Pengundi’ selesai membuang undi.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai demokrasi serta proses pilihan raya yang sebenar.

Taklimat pendidikan pengundi disampaikan oleh Muhammad Taqiyuddin Mohd Sukri, manakala demonstrasi proses pengundian dikendalikan oleh Fatin Nadia binti Che Daud.

Selain didedahkan dengan tatacara dan peraturan pengundian, pelajar-pelajar begitu teruja kerana berpeluang merasai sendiri proses pengundian sebenar, bermula dengan semakan nama, penandaan jari dengan pewarna, menanda kertas undi, sehingga membuang undi ke dalam kotak yang disediakan.

Petugas-petugas pusat mengundi ketika simulasi proses mengundi.

Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya Ts. Hj Husaini Aza Mohd Adam, menekankan bahawa pendidikan mengenai demokrasi dan pilihan raya perlu diterapkan kepada pelajar sejak awal, supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi tanggungjawab sebagai pengundi pada masa depan.

“Pendekatan ini adalah satu usaha cemerlang dalam membentuk modal insan negara, kerana pelajar-pelajar inilah generasi pelapis yang bakal memimpin dan membangunkan negara pada masa akan datang,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda