Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Sinergi LABUANfm Pupuk Umat Islam Pelajari Ilmu Fardu Kifayah

By 5 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/LABUANfm

LABUAN, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Sinergi LABUANfm: Pengurusan Jenazah berupaya memupuk kesedaran orang ramai pentingnya menimba ilmu fardu kifayah dalam kehidupan.

Fauziah (duduk lima dari kiri) turut serta dalam program itu.

Menurut Timbalan Pengarah Penyiaran Negeri Labuan Fauziah Mohd Sidek, program itu bertujuan mempelajari tatacara mengurus jenazah, bermula daripada memandikan, mengkafani, hingga menguburkannya sesuai dengan syariat Islam.

“Pengurusan jenazah merupakan salah satu kewajipan umat Islam yang harus dilaksanakan dengan penuh hormat dan mengikut syariat dan kursus pengurusan jenazah penting bagi setiap Muslim agar dapat menjalankan kewajipan itu dengan baik.

“Objektif program menyasarkan kepada penduduk sekitar yang berusia 17 hingga 45 tahun tercapai bagi melahirkan pelapis mengendalikan pengurusan jenazah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Para peserta mempelajari cara memandikan jenazah.

Penerbit Program Rafeah Ibrahim pula berharap program itu akan terus mendapat sokongan kerana pastinya membantu masyarakat memahami hikmah dan kebijaksanaan di sebalik tatacara pengurusan jenazah dalam Islam.

“Program ini disertai 65 peserta serta mendapat kerjasama strategik daripada Masjid Al-Sultan Abdullah Sungai Bedaun, Kedai Kita Books & Stationery, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan dan Kelab Sukan & Kebajikan RTM Labuan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda