
Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Khairul Nazrie Mat Nayan (Kinta)
IPOH, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Sekurang-kurangnya 650 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Chemor meraikan pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan anjuran Kelab Malaysiaku sekolah tersebut dan Pejabat Penerangan Daerah Kinta, di sini semalam.

Nurul Azirah menyempurnakan gimik perasmian majlis.
Pegawai Penerangan Daerah Nurul Azirah Mohd Yunus, berkata program itu adalah kesinambungan kepada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastrukstur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mewakili Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad di Dataran Putra Bandar Lumut, minggu lalu.
“Program yang kita anjurkan bersama ini menjadi titik tolak dalam menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan.

Deklamasi puisi oleh murid Pendidikan Khas.
“Saya menyeru agar anak-anak murid ini dapat menyahut saranan kerajaan agar bendera kita dapat dikibarkan di setiap kediaman sejajar dengan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang,” katanya ketika berucap.
Antara pengisian program termasuklah Lafaz Ikrar Rukun Negara, Persembahan Sajak Murid Pendidikan Khas, Nyanyian Lagu Patriotik, Kuiz Kenegaraan dan Penyerahan Jalur Gemilang.
Turut serta pengetua SMK Aminuddin Baki Mastura Kahan Saaib.
-ZS-