
Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Denis Etem (Sarawak)
BAU, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Warga pendidik dan para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku di sini berpeluang menyaksikan Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku apabila sekolah tersebut terpilih menjadi lokasi penganjuran program berkenaan pada tahun ini.

Sumardi memberi penerangan kepada Anek berkaitan program itu.
Sehubungan itu, Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Bau yang diketuai oleh Pegawai Penerangan Daerah Bau Sumardi Sugiman, telah melakukan kunjungan hormat kepada pengetua SMK Paku Anek Apok bagi menerangkan tujuan program tersebut, semalam.
“Program ini adalah juga merupakan satu pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Jabatan Penerangan dalam usaha menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan 2024 dan meningkatkan semangat patriotisme serta cinta kepada negara,” katanya.
Tambahnya lagi, pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz kenegaraan dan nyanyian lagu-lagu patriotik turut akan diadakan nanti yang pastinya mendapat perhatian daripada peserta program itu nanti.

Sumardi (Tiga kanan) menyerahkan potret Yang di-Pertuan Agong kepada pengetua SMK Paku Anek Apok (tiga kiri).
Menurut Sumardi lagi, pertemuan itu juga turut bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama yang sedia terjalin di antara JaPen Daerah Bau dan pihak sekolah SMK Paku.
Di akhir pertemuan, Sumardi telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Anek sebagai tanda menjayakan Kempen Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.
Turut sama dalam rombongan itu Ketua Cawangan PENTARAMA JaPen Sarawak Aidillatul Hasif Nasah yang turut menyampaikan taklimat berkaitan konsep program tersebut kepada SMK Paku.
-ZS-