Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

SMK Pengkalan Berangan Rangkul Kumpulan Terbaik Eksplorasi Patriotisme Kelab Malaysiaku Daerah Marang

By 21 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizah Rahim(Marang)/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

MARANG, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – 10 peserta kumpulan daripada Pelajar Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan dinobatkan sebagai Kumpulan Terbaik dalam ‘Eksplorasi Patriotisme’ Kelab Malaysiaku Daerah Marang 2024 yang diadakan di Pantai Rekreasi Pulau Kekabu, di sini semalam.

Peserta SMK Bukit Sawa berada di hentian Pahlawan Negara bagi aktiviti padankan nama dan gambar tokoh negara.

SMK Pengkalan Berangan memperolehi markah keseluruhan berjumlah 448 daripada 600 markah.

Menurut Ketua Penyelaras program Mohd Shahril Mazuki, pemarkahan dinilai dari sudut kreativiti kumpulan, penglibatan setiap peserta dalam kumpulan, adab, ketepatan jawapan pada setiap titik semakan (checkpoint), kerjasama dalam kumpulan dan sorakan pasukan atau war cry.

“Terdapat enam checkpoint yang kita sediakan semuanya berkisar mengenai kenegaraan iaitu hentian atau checkpoint Jalur Gemilang, Rukun Negara, Raja Berperlembagaan, Laungan Suara Merdeka, Pahlawan Negara dan Menara Bangsa,” katanya.

Semua peserta Kelab Malaysiaku bergambar bersama dif-dif jemputan selepas majlis perasmian penutup.

Pelajar Tingkatan Enam SMK Pengkalan Berangan Muhd Syamim Zikri Mazuki, 18, menyifatkan program yang dihadirinya menyeronokkan dan memberi banyak manfaat kerana menguji pengetahuan dan dapat bersaing secara sihat dengan peserta daripada sekolah lain.

“Kami perlu mencari hentian yang betul menggunakan petunjuk yang diberikan dan perlu melakukan aktiviti secara berkumpulan pada setiap hentian tersebut,” katanya.

Pertandingan berkonsepkan kenegaraan melibatkan melibatkan sembilan buah Kelab Malaysiaku daripada SMK Rusila, SMK Pengkalan Berangan, SMK Bukit Sawa, SMK Wakaf Tapai, SMK Tengku Lela Segara, SMK Seberang Marang, SMK Tun Telanai, SMK Agama Durian Guling dan SMK Merchang di Daerah Marang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda