Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sokongan NGO dan Agensi Kerajaan Jayakan Program JIWA Komuniti Madani Merdeka

By 30 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria/S.Shanmuganathan (Sebarang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Hampir 200 peserta telah menjayakan Program JIWA Komuniti MADANI Merdeka di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Permatang Pauh, di sini kelmarin.

Ucapan Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah.

Program anjuran Komuniti MADANI Kampung Tanah Liat ini, turut mendapat sokongan padu daripada Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tanah Liat, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tanah Liat, dan Tabika KEMAS Tanah Liat.

Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Datuk Kamarul Haizal Koderat, hadir merasmikan majlis dan melepaskan peserta bagi acara Perarakan Merdeka.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangga dengan penglibatan aktif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan dan menyifatkan program ini sebagai bukti semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan masyarakat setempat.

Perarakan Merdeka oleh Komuniti MADANI dan agensi terlibat.

“Saya berharap inisiatif seperti ini akan diperluas ke kawasan lain bagi memastikan semarak sambutan Hari Kebangsaan terus dirasai oleh semua lapisan masyarakat,” katanya selain menyeru agar Jalur Gemilang dikibarkan di setiap premis kediaman dan institusi menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Selain perarakan merdeka, PAWE turut menjadi pentas pelbagai aktiviti menarik termasuk taklimat keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia, taklimat kenegaraan oleh Pegawai Penerangan Daerah, serta persembahan khas oleh kanak-kanak tabika dan individu orang kelainan upaya (OKU) yang mencuri tumpuan hadirin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda