
Laporan/foto: Lee Nyuk Lan/Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)
KUCHING, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Stephanie Ngu Chai Ern, 20, telah mengungguli acara Wushu Wanita Kategori Taolu Changquan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang berlangsung di Dewan Wushu, Stadium Petra Jaya, di sini semalam.

Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyampaikan pingat kepada Stephanie Ngu Chai Ern.
“Ini adalah pingat emas pertama saya menangi,” kata Stephanie Ngu, atlet yang berasal dari Sibu.
Stephanie Ngu sebelum ini telah mewakili Sarawak sejak tahun 2016 dan pernah memenangi pingat perak dan gangsa pada SUKMA sebelum ini.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi juga turut hadir dan menyampaikan pingat kepada para pemenang.
-ZS-