
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Perlis telah menyediakan sebanyak 2,000 potret rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah untuk diedarkan bagi fasa pertama, mulai hari ini.

Wakil daripada pelbagai sektor datang mengambil potret.
Menurut Pengarah JaPen Negeri Perlis Mazli Hamdan, edaran potret di Sudut Maklumat Rakyat adalah pada waktu pejabat bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dan akan bersambung semula dari pukul 2.00 sehingga 5.00 petang.
“Bagi hari Jumaat waktu rehat adalah 12.15 tengah hari sehingga 2.45 petang.
“Pengambilan potret rasmi di Sudut Maklumat Rakyat adalah percuma, tiada sebarang bayaran dikenakan,” ujarnya.

Petugas kaunter JaPen Perlis sentiasa bersedia melayan pengunjung yang datang mendapatkan potret.
Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) pada Oktober tahun lalu yang turut memilih Sultan Nazrin sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
-ZS-