
Laporan/foto: Safik Effendi Kassim (Sarawak)
KUCHING, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Olahraga memasuki hari kedua temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Sarawak hari ini dengan menawarkan 13 pingat emas.

Wellman Abon.
Tumpuan sudah pastinya kepada Danish Iftikhar Muhammad Roslee dan Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal yang turut menempah tempat ke peringkat akhir acara 200 meter.
Salah seorang penonton yang ditemui, Wellman Abon, 80, berkata beliau hadir ke Stadium Sarawak seawal pukul 9.00 pagi untuk memberi sokongan kepada pasukan Sarawak.
“Saya memang meminati acara larian ini, jadi tiada masalah untuk saya datang awal walaupuan cuaca tidak begitu baik pada pagi ini,” katanya.

Ellina Gerang.
Tambahnya lagi, beliau terujua untuk melihat acara kegemaran saya iaitu 200 meter dan 4×400 meter (m) lari berganti-ganti.
Manakala, bagi Ellina Gerang, 26, hadir untuk mengisi masa lapang dan merasai sendiri pengalaman hadir ke Stadium Sarawak berkata cuaca hujan tidak mematahkan semangat saya untuk hadir ke Stadium Sarawak hari ini.
“Yang saya minat dan sanggup untuk tunggu ialah acara 4×400 m lari berganti-ganti,” ujarnya.
Acara lain yang juga berlangsung pada hari ini ialah, 110 m lari berpagar lelaki, lompat jauh wanita, 10,000 meter lelaki, lompat tinggi lelaki, lempar cakera wanita dan dekatlon lelaki.
-ZS-