Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

SUKMA XII: Ratu Renang, Kelly Pecah Sasaran Sarawak dengan Menyumbang Pingat Emas Ke-70

By 25 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Ratu Renang Kelly Teo Yao, 18, berjaya meraih pingat emas keenamnya dalam acara 1500m gaya bebas wanita pada hari terakhir pertandingan akuatik SUKMA XXI yang telah berakhir, semalam.

Sesi bergambar bersama penyampaian pingat dengan pemenang pingat.

Kemenangan emas Kelly juga memecah sasaran Sarawak yang menyasarkan 70 pingat apabila beliau merupakan atlet ke-70 yang menyumbang pingat emas kepada negeri ini.

Kelly juga telah mencipta sensasi apabila berjaya memenangi enam pingat emas, satu perak dan satu gangsa pada SUKMA XXI Kali ini.

“Saya hanya menyasarkan untuk meraih tiga pingat emas di SUKMA kali ini, tetapi tak sangka kejayaan saya kali ini memang di luar jangkaan saya,” kata Kelly Teo.

Terdahulu, Kelly merangkul emas dalam acara renang 200 meter gaya bebas, 400 meter rampaian perseorangan, 200 meter gaya kuak lentang, 800 meter gaya bebas dan 400 meter gaya bebas.

Selain itu, Kelly turut menyumbang satu perak dan dua gangsa dalam acara berpasukan, iaitu 4 x 200m gaya bebas, 4×100 rampaian berganti-ganti, dan 100m gaya kuak lentang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda