Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sultan Pahang Berkenan Berangkat Ziarah Keluarga Mangsa Maut

By 8 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin

PEKAN, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat mencemar duli menziarahi keluarga mangsa kejadian kemalangan lori melanggar rumah di Ketapang Hilir, di sini kelmarin.

Baginda Tuanku turut menzahirkan dukacita atas kejadian yang berlaku tempoh hari.

Baginda sempat bertemu dengan ibu bapa mangsa Nasruddin Othman, 64, dan  Norul Aini Mohd Hassan, 54, di kediaman sementara mereka.

Sultan Abdullah bertitah agar mereka banyak bersabar dalam menghadapi ujian besar daripada Allah yang menimpa mereka sekeluarga.

“Semua yang berlaku adalah kehendak Allah, semuanya telah tertulis makanya janganlah terlalu bersedih, arwah pasti mendapat balasan yang baik di sana,” titah baginda.

Baginda memerhatikan sendiri kerosakan yang berlaku akibat kejadian kemalangan tempohari.

Al-Sultan turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi dan juga daripada Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga mangsa serta berkenan ke tapak kejadian kemalangan untuk melihat sendiri kerosakan yang dialami akibat terjahan lori pada Ahad lepas.

Turut berada di lokasi ialah Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Nizar Mohd Najib.

-ZS-

Tinggalkan komen anda