Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Tanjak Tema Kemerdekaan Raih Permintaan Tinggi

By 29 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shuhaimi Ahmad

HULU TERENGGANU, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Pengusaha busana Melayu Muhamad Ali Yusuf tidak menang tangan membuat tempahan tanjak bertemakan kemerdekaan sepanjang Bulan Kebangsaan di kediamannya di Kampung Gaung di sini.

Tanjak bertemakan kemerdekaan direka menggunakan tudung wanita.

Muhamad Ali, 50, yang mula menghasilkan tanjak secara komersial sejak 10 tahun lalu menerima tempahan kira-kira 200 tanjak daripada jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan pada Ogos kali ini.

“Saya membuat dua jenis tanjak iaitu tanjak warisan dan tanjak kreasi. Tanjak warisan ialah tanjak yang dihasilkan berdasarkan corak serta bentuk tanjak yang dipakai oleh orang zaman dahulu manakala tanjak kreasi ialah tanjak yang dibuat mengikut rekaan masa kini serta cita rasa pengguna.

Muhamad Ali menunjukkan cara menggayakan tanjak ketika ditemui, di sini kelmarin.

“Kebanyakan tanjak yang dihasilkan diperbuat daripada songket manakala tanjak bertemakan kemerdekaan direka menggunakan tudung wanita dan dijual dengan harga antara RM60 dan RM130 sepasang,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Selain tanjak, Muhamad Ali turut menjual busana Melayu seperti persalinan pahlawan Melayu dan capal.

-ZS-

Tinggalkan komen anda