Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Teksi Air untuk Orang Ramai Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024

By 22 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/Shaharuddin Ahmad (Kementerian Komunikasi)

PUTRAJAYA, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Perkhidmatan teksi air akan disediakan untuk kegunaan orang ramai di sekitar Putrajaya sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos ini.

Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024, perkhidmatan teksi air boleh didapati di lima lokasi iaitu di jeti Monumen, Anjung Floria, jeti Kelab Tasik Putrajaya, jeti Ayer 8 dan jeti Marina.

Fahmi ketika sidang media, di Putrajaya semalam.

Katanya, perkhidmatan ini disediakan khusus untuk memudahkan pergerakan orang ramai dari tempat letak kereta ke Dataran Putrajaya bagi menyaksikan pelbagai persembahan Sambutan Hari Kebangsaan.

“Pada 31 Ogos ini kita sediakan perkhidmatan ini secara percuma untuk orang ramai bermula dari pukul 5.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

“Semua yang hadir untuk Sambutan Hari Kebangsaan seharusnya manfaatkan kemudahan ini,” katanya.

Beliau, berkata demikian dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet, di sini semalam.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan turut menjemput orang ramai untuk
menyaksikan Floria Diraja Putrajaya 2024 bertemakan ‘Raikan Bersama, Celebrate Together!’ di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya yang bermula pada hari ini sehingga 1 September.

Perkhidmatan teksi air boleh didapati di lima lokasi iaitu di jeti Monumen, Anjung Floria, jeti Kelab Tasik Putrajaya, jeti Ayer 8 dan jeti Marina.

“Kita ambil maklum bahawa Floria Diraja Putrajaya 2024 akan bermula esok (Khamis), dan sempena sambutan Hari Kebangsaan nanti, orang ramai boleh ambil kesempatan melawat program ini,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Nik Kamaruzaman Nik Husin dan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Mazlan Abd Mutalib.

-ZS-

Tinggalkan komen anda