Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

TVET Jadi Pemacu Lahirkan Tenaga Mahir Tempatan

By 19 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)/Kolej Komuniti Gerik Perak

IPOH, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diperlukan sebagai pemacu utama atau game changer dalam usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi.

Peragaan pakaian daripada pelajar program sijil fesyen dan pakaian.

Menurut Pegawai Daerah Kinta Zulhisham Ahmad Shukori, kerajaan secara berterusan akan meningkatkan keupayaan belia Malaysia dalam TVET bagi memastikan keperluan industri berteknologi tinggi akan dipenuhi oleh warga kerja tempatan.

“Kerajaan akan turut memastikan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi yang menawarkan gaji setimpal dapat diwujudkan selaras dengan usaha menarik pelaburan berkualiti tinggi ke negara ini.

“Kepada pelajar, manfaatkan ruang dan peluang yang diberikan untuk menuntut di Kolej Komuniti (KK) bagi mencipta kejayaan pada masa hadapan. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan diri dengan ilmu kemahiran, demi mendepani realiti dunia luas yang kian mencabar dan berubah-ubah,” katanya ketika berucap merasmikan Program Perak Style Golden Hands Award sempena Hari Belia 2024 Peringkat Kolej Komuniti Negeri Perak (KKNP) di AEON Mall Kinta City, di sini semalam.

Zulhisham (dua dari kanan) hadir merasmikan program ini.

Tambah beliau, alumni dan bekas pelajar yang berjaya perlu diangkat sebagai ikon dan duta kepada Kolej Komuniti.

“Saya berharap ikon-ikon ini dapat membantu menyebarluas kejayaan TVET agar ia menjadi sumber inspirasi kepada pelajar dan masyarakat terhadap program TVET di KKNP.

“Penghasilan busana batik daripada pelajar Sijil Seni Visual Kreatif KK Chenderoh dan Sijil Fesyen dan Pakaian KK Batu Gajah pada hari ini misalnya berupaya mengangkat jenama program pengajian yang mereka pelajari di Kolej Komuniti,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda