Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Udang Merah Popularkan Daerah Maludam

By 28 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ismalia Hasimi (Sarawak)

MALUDAM, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Udang merah atau lebih dikenali sebagai ‘payak merah’ dalam kalangan masyarakat tempatan sangat popular kerana ianya merupakan sumber laut yang pelbagai guna bermula dari isi, kepala bahkan kulit udang.

Keropok udang merah dijual pada harga RM35 sekilogram.

Menurut nelayan Jamal Hamidi, 52, udang mrah biasanya ditangkap menggunakan pukat dan nelayan akan turun ke laut mengikut musim dan air pasang surut.

“Jika dulu musim ‘payak merah’ bermula Mac hingga Oktober namun kini cuaca yang tidak menentu menyebabkan para nelayan sukar untuk meramal musim ‘payak’ tersebut,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Udang merah ini boleh dipelbagaikan penggunaannya menjadi pekasam, udang kering, dedak kering untuk makananan ayam, pitis dan juga keropok udang.

Bagi peniaga kecil-kecilan di daerah Maludam, hasil produk ini sangat membantu dalam menambah hasil pendapatan mereka.

Pitis payak dijual pada harga RM5 hingga RM10 sebekas.

Menurut Nurul Fazrina, 28, produk pekasam ‘payak’ yang beliau proses sendiri telah menjadi sumber pendapatan utama beliau sebagai suri rumah.

“Saya turut memasarkan produk pekasam ke luar daerah Maludam dan juga di Semenanjung Malaysia,” ujarnya.

Masyarakat luar yang berkunjung di daerah Maludam boleh singgah di gerai-gerai yang berada di Pusat Penjaja Majlis Daerah Betong (1MDB) atau boleh membuat pembelian terus di rumah peniaga kecil yang ada menjual produk-produk yang berunsurkan udang merah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda