Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Warga Kampung Bukit Nikmat Hilir Bersemangat Gelorakan Bulan Kebangsaan

By 18 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham/Mohd Firdauf

JERANTUT, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Semangat cintakan negara penduduk Kampung Bukit Nikmat Hilir dizahirkan dengan pelancaran Bulan Kebangsaan, di sini hari ini.

Asrul (dua dari kanan) membuat edaran Jalur Gemilang.

Menurut salah seorang ahli KRT Kampung Bukit Nikmat Hilir Asrul Abdul Hamid, program hari ini merupakan tanda bermulanya sambutan Bulan Kebangsaan di kampung ini yang mana kemuncak sambutan akan dibuat pada 31 Ogos nanti.

“Selain edaran Jalur Gemilang yang diadakan, beberapa pertandingan juga akan diadakan seperti Pertandingan Hiasan Rumah Merdeka Paling Kreatif, Pakaian Beragam Merdeka dan juga Pertandingan Badminton Beregu,” ujarnya.

Program ini juga merupakan kerjasama strategik di antara Pejabat Perpaduan Daerah, Pejabat Penerangan Daerah dan juga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bukit Nikmat Hilir.

Majlis Perasmian oleh Pegawai Penerangan Daerah.

Program dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Jerantut Azrul Azham Azmi.

Turut hadir wakil Pejabat Perpaduan Daerah Jerantut Ahmad Norfaiz Adha dan Pengerusi KRT Kampung Bukit Nikmat Hilir Baharin Harun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda