Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Warga KMKK dan Komuniti MADANI Semarak Semangat Patriotisme

By 15 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Lebih 400 orang pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) bersama warga Komuniti MADANI dan penjawat awam pelbagai jabatan telah menjayakan Program Jiwa Komuniti MADANI Peringkat DUN Tokai sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2024 di sini petang semalam.

Suasana sekitar program.

Pengarah KMKK Salwa Haji Isa, semasa merasmikan program mengucapkan syabas kepada Sekretariat Rukun Negara yang menguruskan perjalanan majlis serta mengatur pelbagai pertandingan dan persembahan sempena program yang diadakan semalam.

“Walaupun menghadapi kekangan masa untuk mengadakan latihan dalam masa yang terhad, para pelajar yang terlibat dalam bidang kejuruteraan ini memberikan komitmen dan persembahan yang mengagumkan,” ujarnya.

Antara tetamu yang hadir.

Program dimulakan dengan dengan taklimat kemerdekaan, imej dan ketrampilan, hebahan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan serta perkhidmatan agensi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Amanah Saham Nasional Berhad serta edaran simkad Redone secara percuma.

Pegawai Penerangan Daerah Pendang Syamimi Aaizag Ibrahim dalam ucapannya menyeru kepada semua pelajar agar lebih menghayati makna kemerdekaan dan bersama-sama memegang tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan sedia ada.

“Kita perlu sentiasa berwaspada kerana pada masa kini dalam era dunia tanpa sempadan akan menyebabkan berlakunya penjajahan bentuk baharu melibatkan kecanggihan teknologi digital tanpa disedari,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda