Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Warga Komuniti MADANI Kampung Batu 16 Teruja Menyambut Bulan Kemerdekaan

By 10 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Armizie Hanazifs Ahmad (Pendang)

PENDANG, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Teruja menyambut bulan kemerdekaan dan bagi menjayakan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, Komuniti MADANI Kampung Batu 16 mengambil inisiatif memasang Jalur Gemilang di sekitar kawasan perumahan di sini, kelmarin.

Warga Komuniti MADANI Kampung Batu 16 dan peserta program bergambar kenangan

Selain daripada menyahut saranan kerajaan untuk memasang Jalur Gemilang di setiap kediaman, edaran dan pemasangan Jalur Gemilang ini juga dibuat bagi menjayakan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI sempena menyambut bulan kemerdekaan melibatkan masyarakat pelbagai lapisan umur.

Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Batu 16, Syed Fadzil Syed Ibrahim, berkata sambutan adalah sangat meriah dan berterima kasih kepada warga komuniti dalam memberikan komitmen yang sangat baik bagi menjayakan program kemerdekaan ini.

Peserta kayuhan basikal teruja menunggu pelepasan untuk konvoi membawa Jalur Gemilang mengelilingi Pekan Pendang

“Warga komuniti bersemangat memasang Jalur Gemilang sejak beberapa hari lalu termasuklah menaikkan Jalur Gemilang gergasi berhampiran jalan utama ke Kampung Batu 16.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana pada hari ini dengan megahnya kita menjadi warganegara bagi sebuah negara merdeka hasil perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara sejak sebelum 67 tahun yang lalu,” ujarnya.

Program yang bermula seawal pukul 7.30 pagi itu turut disertai oleh peserta konvoi kayuhan basikal membawa Jalur Gemilang mengelilingi kawasan Pekan Pendang.

-AA-

Tinggalkan komen anda