Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Warga Kuala Selangor Disaran Semarakkan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang

By 9 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Warga Kuala Selangor disaran untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyahut seruan kerajaan dalam menggerakkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.

Balai Penghulu Mukim Jeram, Kuala Selangor turut meriah dihiasi Jalur Gemilang.

Pegawai Daerah Kuala Selangor Mohd Raiz Radzuan, berkata semua penduduk yang berada di desa dan di bandar diseru untuk menzahirkan rasa cinta dan taat setia kepada negara.

“Saya menyeru warga Kuala Selangor untuk mengibar Jalur Gemilang, hiasilah rumah dengan bendera Malaysia bagi menzahirkan semangat patriotik dalam diri dan setiap ahli keluarga rakyat Malaysia,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya kelmarin.

Sekeliling bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah dihiasi dengan Jalur Gemilang.

Aktiviti memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang turut berlangsung Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor dan Balai Penghulu Mukim Jeram.

-ZS-

Tinggalkan komen anda