Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Warga SK Nanga Pelagus Hayati Bulan Kebangsaan di Bukit Amang

By 29 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Fairuz Ngatenan (Sarawak)/Milda Fasida Narawi (Sekolah Kebangsaan Nanga Pelagus)

KAPIT, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 30 orang warga Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Pelagus yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar telah menyertai program Larian Kemerdekaan sejauh dua kilometer di Bukit Amang, Pelagus, di sini semalam.

Suasana perjalanan ke puncak bukit.

Program larian bermula pukul 8.00 pagi itu dianjurkan oleh Unit Kokurikulum sekolah yang diketuai oleh Penolong Kanan Kokurikulum Cikgu Corina Mon.

Menurut Corina, program yang julung kali diadakan ini bukan sahaja untuk menghayati sambutan Bulan Kebangsaan negara ini malah dapat mengeratkkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah.

Beliau turut menjelaskan, Sekolah Kebangsaan Nanga Pelagus mempunyai majoriti guru berbangsa Iban dan seorang guru berbangsa Orang Ulu, seorang guru berbangsa India dan seorang guru berbangsa Melayu.

Sesi soal jawab berkaitan Hari Kebangsaan semasa mendaki.

“Perpaduan kaum amatlah penting dalam membentuk sesebuah organisasi yang maju. Tanpa perpaduan, amat mustahil kemajuan dan kesejahteraan hidup sejagat boleh dicapai,” katanya.

Apa yang menariknya pada kali ini murid-murid bukan sahaja mengibarkan Jalur Gemilang malah turut memaparkan kain rentang yang dihasilkan sendiri oleh warga sekolah salah satu pengisian sambutan Bulan kebangsaan Peringkat Sekolah sepanjang pendakian sehingga sampai ke puncak bukti tersebut.

Larian berkenaan turut menerapkan elemen pembelajaran dan sesi soal jawab berkaitan topik kemerdekaan dan kenegaraan bagi menanam semangat patriotisme dalam diri warga sekolah sekaligus memupuk budaya hidup sihat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda